Friday, September 3, 2021

Sebab Vaksin kah?

 Kenapa aku tak upload gambar di booth pusat vaksin macam orang lain?

Pertamanya masa aku dapat 1st dose & 2nd dose, akaun Facebook kena block, tapi jika aku tak kena block sekalipun, aku tak nak upload sebab aku khuatir jika apa² berlaku pada aku dalam tempoh tersebut, kematian aku akan difitnah sebagai mati akibat vaksin oleh antivaks.
Banyak fitnah aku lihat dan baca yang mengaitkan kematian selepas ambil vaksin yang menyalahkan vaksin sebagai punca. Alasannya sebelum ambil vaksin sihat tubuh badan.
Mungkin antivaks yg beranggapan begitu lupa, sebelum zaman Covid-19, serangan jantung adalah antara punca utama kematian di Malaysia, seterusnya pneumonia... Mereka lupa kisah arwah Pak Yus jambu (30 November 2015) sebelum zaman Covid-19, lupa arwah Abam Bocey (10 February 2020), sebelum ketibaan vaksin ke Malaysia. Ini antara 2 contoh kematian mengejut akibat sakit jantung. Ini yang terkenal, yang tak terkenal banyak lagi kat luar sana. Bapa saudara aku antara salah seorang. Sihat walafiat, tiba² meninggal, 15 tahun yang lampau, sebelum wujud Covid-19 & vaksin.
Kesimpulannya kat sini, antivaks tidak mengetahui statistik kematian sakit jantung, pneumonia adalah antara punca utama kematian di Malaysia sebelum zaman Covid-19 lagi. Antivaks menganggap selepas vaksin kita akan kebal dari dua punca utama kematian ini lalu mendedahkan diri kepada arwah menjadi asbab fitnah jika upload sijil vaksinasi atau bergambar di booth vaksin.
Vaksin bukan lesen malaikat maut boleh skip buat kerja & vaksin bukan ubat untuk dua sebab utama kematian di Malaysia sebelum zaman Covid-19 lagi. Sekian perkongsian, semoga bermanfaat.
Think.







No comments: