Wednesday, January 3, 2018

Sewa rumah yang bil air bulanannya kalah restoran

Aku ada menyewa sebuah rumah di Taman Ehsanibu Fasa 2. Rumah besar umpama banglo. Ada 4 bilik tidur, 3 bilik air, hall ada 2, ada tanah sekeliling, ruang dapur di tengah2 rumah.

Bilik utama dan bilik ke 3 ada aircond. Pintu masuk rumah ada dua. Pintu pagar pun ada dua.

Sewa tuan rumah bagi 800 lepas negotiate dapat la 680. Bulan pertama bil air 50 lebih..bulan seterusnya 100 pernah mencecah 180. Bagitau tuan rumah datang lah check. Mula2 tukang kata air tangki meleleh jadi dia tukar boya dalam tangki tu. Bulan seterusnya masih lebih dari 100 tukang datang check kata stock cork ape ke benda tak tau lah..air keluar kat situ..tukar batang paip baru ngan stock cork tu.

Bil bulan depannya masih lebih 100. X ngadu dah sebab semua usaha dah buat. Bagitau Syabas dia datang check dan bagitau ada masalah pecah bawah tanah tu. Sebabnya paip dalam rumah dah tutup tapi meter tetap jalan.

Bagitau tuan rumah apa yang Syabas bagitau. Jalan terakhir potong saluran paip yang melalui bawah tanah dan sambung ke paip yang pergi ke tangki.  Bila dah buat macam tu meter tak jalan dah. Bulan depannya bil dah turun hanya tinggal 11.80 je. Bulan berikutnya tak perlu bayar sebab ada subsidi. Sebab bil bawah dari 10.

Nampak sangat bezanya.

Dah la sewa rumah 680 tambah ngan bil air lebih 100 dah kira sewa rumah jadi lebih 800.

Baru2 ni pergi dah ada orang sewa rumah tu. Bila sembang dia bagitau sewa yg dia bayar kurang dari yang saya bayar sebelum ni.

Inilah tuan rumah yang tak bertimbang rasa.


Niat yang tak tercapai

Semasa aku dapat duit epf hari tu, aku niat nak asingkan untuk upah haji arwah2 ayah, emak dan adik ku 2 orang.

Aku di tegur dek bini aku arwah adik ku yang meninggal dunia kali pertama tu tak solat dan takde akaun di akhirat jadi dia tak layak untuk dapat upah haji.

Aku kecewa. Aku lebih memenuhi niat isteri aku nak cari rumah sewa hingga sampai ke Melaka dan Negeri Sembilan.

Berulangkali ke sana terutamanya Negeri Sembilan. Sehingga sanggup bermalam di hotel sana semata-mata nak mencari rumah sewa.

Ada jumpa rumah sewa. Yang peliknya bini aku ni nak rumah yang depannya mesti tanah lapang dan tak ada rumah orang. Ada la jumpa rumah macam tu tapi keadaan rumah tak sesuai.

Sampai aku bergaduh dengan dia dan bagitau, kalau ambik rumah jauh2, anak susah nak balik. Adik beradik pun belum dapat berkunjung atas faktor jauh dan kos.

Sejak itu dia berenti dah nak cari rumah kat dua2 negeri tu. Tapi, masih lagi melayari lamanweb mudah.my dan fb yang ada iklan rumah.

Berbalik kepada nak upah haji tu, mungkin Allah murka kepada aku kerana tak menunaikan janji aku untuk upah haji. Kalau tidak musim haji 2017 aku dah dapat meng'haji'kan arwah ayah, emak dan adik2 ku yang 2 orang tu.

Dan kerana itu aku kini kesempitan kerana wang epf ku habis demi memenuhi kehendak isteriku dan yang lain-lainnya.

Ini lah kekesalan ku.