Wednesday, July 21, 2021

Tempat aku pernah tinggal

Selepas SPM 

1978

Aku tinggal di rumah arwah Mak Lang di Kampung Selamat, Pantai Dalam

Aku kerja di Johnson & Johnson

1980

Aku kerja di Lam Seng Plastic, Petaling Jaya

Tinggal dengan kawan2 di Kampung Baiduri'

1982 

Berkahwin dan masih tinggal di Kampung Baiduri kawan2 semua pindah keluar.

1983

Dapat kerja Kerajaan.

Pindah duduk Segambut.

Pindah balik kampung, tapi mak tak suka.

Pindah duduk Cheras Baru

Pindah duduk Kg Kerinchi

Bercerai

Aku duduk Selayang Baru dan berkawin lain

Aku naik 2 bas ke Jalan Duta 

Aku dapat anak, anak ku dijaga oleh Kak Milah, kemudian dijaga pulaoleh kawan kepada Kak Milah.

Inas duduk di Selayang dan bersekolah di Sg Tua.

Aku beli rumah di Sri Gombak

Aku berulang alik dari Sri Gombak.

Inas bersekolah di Sri Gombak.

Berpindah duduk dengan ayah.

Berulang alik dari rumah ke Jalan Duta, naik bas paling awal 5.45 pagi, sampai Puduraya naik bas ke Jalan Duta. Balik naik dari Jalan Duta ke Puduraya. Balik kerja 4.15ptg sampai Puduraya sempa naik bas 5.15 ptg.

Isteri melahirlkan adik. Isteri balik berpantang ke Perlis. Bila habis pantang anak dijaga oleh Kaklong bini Along Chat.

Berpindah duduk Meru Klang.

Inas sekolah di Meru. Ati dan adik duduk di PASTI Meru.

Aku berulang alik dari Meru ke Jalan Duta.

Mamat dan Ati pun sekolah di Meru.

Aku berhenti kerja kerajaan. Kerja dengan syarikat insurans di Jalan Sultan Ismail.

Aku berhenti kerja dan dapat kerja di Klang, Institiut Informatics.

Bini aku bertukar kerja ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dapat sewa rumah di Tanah Liat, Bukit Mertajam.

Ati bersekolah di SK Tanah Liat, adik bersekolah Tadika Al-Masriyah.

Habis sekolah dan tadika mereka rumpang duduk di rumah kawan bini aku yang ada maid..

Aku minta tukar dan berpindah ke Institiut Informatics, Pulau Pinang.

Aku berulang dari rumah tersebut ke tempat kerja di Pulau.

Kami berpindah ke Taman Jaya.

Ati dan Adik bersekolah di SK Taman Jaya.

Pindah ke Taman Selamat rumah kak maliah.

Pindah ke Taman Mangga.

Ati dan Adik bersekolah di Kg?

Aku dapat kerja di Bangi, Sibertek.

Ati dan Adik ikut aku sekolah di SK Sg Tekali.

Aku bertukar tempat kerja ke Kulim.

Ati dan Adik Sekolah di Kulim.

Berpindah ke Taman Sri Janggus.

Ati dan Adik bersekolah di Taman Sejahtera. 

Selepas tamat SRP, Adik dapat bersekolah di Tingkatan 4 SM Sains Sultan Mohd Jiwa Sungai Petani.

Sebelum tu dia dapat tawaran ke SM Teknik Batu 3 Shah Alam. Dah daftar tetapi dapat pulak tawaran ke SM Sains Sultan Mohd Jiwa. Bagitau Pengetua adik menerima tawaran SM Sains Sultan Mohd Jiwa.

Ati dapat melanjutkan pengajian ke UITM Seri Iskandar Perak.

Beli Rumah di Taman Bukit Minyak Indah. Berpindah ke Taman Bukit Minyak Indah.

Adik tamat SPM aku dan adik ke Meru Klang bekerja di Kafe Kak Ani Bukit Raja.

Duduk Rumah Kak Ani. Kemudian berpindah ke rumah sewa di Jalan Paip, aku duduk berdua dengan adik. Adik berhenti kerja di kafe dan bekerja di Kedai Dobi.

Nina dan Hamdan nampak aku bekerja di Kafe Kak Ani.

Adik dapat interview bidang arkitek di Uitm Shah Alam. Adik dapat tawaran belajar di Uitm Seri Iskandar dan berhenti kerja di Kedai Dobi. Aku berhenti kerja di Kafe Kak Ani. Aku balik semula ke Penang. Sebab nak uruskan kemasukan adik ke Uitm Seri Iskandar. Isteriku memandu sorang dengan kereta Viva dari Penang ke Meru, baliknya kami tidur di Tekali dulu. Esoknya bertolak balik Penang.