Wednesday, January 3, 2018

Niat yang tak tercapai

Semasa aku dapat duit epf hari tu, aku niat nak asingkan untuk upah haji arwah2 ayah, emak dan adik ku 2 orang.

Aku di tegur dek bini aku arwah adik ku yang meninggal dunia kali pertama tu tak solat dan takde akaun di akhirat jadi dia tak layak untuk dapat upah haji.

Aku kecewa. Aku lebih memenuhi niat isteri aku nak cari rumah sewa hingga sampai ke Melaka dan Negeri Sembilan.

Berulangkali ke sana terutamanya Negeri Sembilan. Sehingga sanggup bermalam di hotel sana semata-mata nak mencari rumah sewa.

Ada jumpa rumah sewa. Yang peliknya bini aku ni nak rumah yang depannya mesti tanah lapang dan tak ada rumah orang. Ada la jumpa rumah macam tu tapi keadaan rumah tak sesuai.

Sampai aku bergaduh dengan dia dan bagitau, kalau ambik rumah jauh2, anak susah nak balik. Adik beradik pun belum dapat berkunjung atas faktor jauh dan kos.

Sejak itu dia berenti dah nak cari rumah kat dua2 negeri tu. Tapi, masih lagi melayari lamanweb mudah.my dan fb yang ada iklan rumah.

Berbalik kepada nak upah haji tu, mungkin Allah murka kepada aku kerana tak menunaikan janji aku untuk upah haji. Kalau tidak musim haji 2017 aku dah dapat meng'haji'kan arwah ayah, emak dan adik2 ku yang 2 orang tu.

Dan kerana itu aku kini kesempitan kerana wang epf ku habis demi memenuhi kehendak isteriku dan yang lain-lainnya.

Ini lah kekesalan ku.

No comments: