Friday, September 3, 2021

Hipokritnya Mahathir


Kredit kepada: Saiful Bahari Baharom

 Hipokrisi Dr Mahathir.

1. Sebaik sahaja beliau menjadi PM4, beliau umumkan dasar “Buy British Last” di mana Kerajaan Malaysia hanya membeli barangan buatan Britain jika tiada pilihan lain.
Pada lebih kurang masa yang sama, Kerajaan Malaysia membelikan dua buah kereta Bentley dari Britain, model seperti di imej bawah untuk kegunaan resmi PM4.
2. Dr Mahathir menuduh DS Najib menjual negara kepada negara Cina.
Setelah menjadi PM7, beliau mengaturkan penjualan oleh Khazanah Nasional saham IHH Bhd (syarikat yang memiliki hospital di Malaysia, Singapura & Turki, termasuk Gleneagles) kepada Mitsui Jepun. Dengan penjualan sebanyak 16% pegangan saham itu, Mitsui memiliki 33% di dalam manakala pegangan Khazanah pula mengecil kepada 26%.
Saya di maklumkan sebenarnya Mitsui sudah lama berhasrat menaikkan jumlah pemilikannya di dalam IHH tetapi Khazanah enggan menjual kerana pulangan dari pelaburan syarikat itu adalah bagus.
Datang Mahathir, jual.
(Maklum PM7 adalah juga Chairman Khazanah. Juga maklum persahabatan antara Dr Mahathir dan konglomerat Mitsui sudah terjalin sejak zaman PM4).
3. Dr Mahathir kata dia tidak ambil rasuah.
Perniagaan bakeri bernama The Loaf Sdn Bhd milik Dr Mahathir semasa memegang jawatan PM4 sudah nak di tutup dan di dalam proses “liquidation”, lingkup lerr.
Tetapi Tan Sri Lim Kang Hoe membeli syarikat The Loaf itu dengan harga yang di rahsiakan sungguh pun aset syarikat The Loaf yang ada hanyalah barang dapur dan ketuhar terpakai.
Dua minggu selepas pembelian itu, Kementerian Kewangan umum Tan Sri Lim berjaya membeli tanah Bandar Malaysia, iaitu projek hartanah terbesar di Kuala Lumpur yang sebelum itu di miliki oleh MOF melalui 1MDB.
Mungkin tidak rasuah secara lansung tetapi transaksi penjualan syarikat milik peribadi PM7 kepada orang yang sama membeli Bandar Malaysia adalah tidak beretika dan menimbulkan tanda tanya kepentingan peribadi.
Kes ini sepatutnya di siasat oleh SPRM sama ada Perdana Menteri ketika itu memberi sebarang tekanan atau menpengaruhi proses membuat keputusan untuk menjual Bandar Malaysia kepada TS Lim Kang Hoe.
Suatu perintah mahkamah juga perlu di keluarkan untuk mewajibkan harga pembelian syarikat The Loaf oleh Tan Sri Lim Kang Hoe di dedahkan; sama ada harga yang di bayar kepada Dr Mahathir adalah munasabah tidak mencecah tahap yang boleh di anggap sebagai sebentuk rasuah.



No comments: