Friday, September 3, 2021

BELAJAR DARI POHON KURMA

 BELAJAR DARI POHON KURMA

Mengapa kita perlu belajar daripada Pokok kurma? Sedangkan kita manusia yang mempunyai akal pikiran. Manakala Pokok Kurma hanyalah tumbuhan?
Sebab itu Allah bagi kita akal untuk berpikir. Di timur tengah, pokok kurma ditanam dalam pasir dan diatas permukaannya diletakkan batu.
Pernah tak kita berfikir mengapa harus ditutupi dengan batu diatas permukaannya? Secara logik akalnya, batu akan menahan kurma dari tumbuh keatas.
Bila anak pokok mengalami tekanan dari atas. Akar akan tumbuh sebanyak mungkin untuk mengukuhkan struktur pokok di dalam pasir bagi mencengkam pasir.
Barulah batu dialih untuk membiarkan anak pokok tumbuh membesar. Jangan hairan jika kita dapat melihat pokok kurma hidup di kawasan yang ekstrem.
Jadi apa yang kita dapat belajar dari pokok kurma? Bagaimana kita dapat kaitkan diri kita dengan sebatang pokok kurma? Mari saya jelaskan.
Sekarang kita tahu kenapa Allah SWT sering memberi tekanan hidup kepada makhluknya. Iaitu bukan untuk melemahkan melainkan menguatkan.
Bahkan mampu memecahkan 'batu masalah' yang selama ini menekan kita. Dalam hidup perlu ada pikiran yang positif untuk menepis pikiran yang negatif.
Tekanan hidup tidak akan melemahkan kita. Jika kita mempunyai iman yang kuat serta memiliki hati yang kental untuk menempuh liku- liku kehidupan.
Akhir kata, setiap perjalanan hidup penuh dengan cabaran. Tetapkan "mind set" kearah yang positif. Ambil pengajaran dari pokok kurma untuk dijadikan motivasi diri.
Ikhlas,
𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗 π—™π—”π——π—­π—Ÿπ—œ π—™π—”π—¨π—­π—œ
π—£π—²π—»π—΄π—²π—Ώπ˜‚π˜€π—Ά π— π˜‚π˜€π˜‡π—Ήπ—²π—²π—Ί
Mungkin imej 1 orang dan teks yang berkata 'BELAJAR DARI POHON KURMA'

No comments: